photo funclub

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

photo fun club


    Bayar RM2 makan apa sahaja!!!!!

    Admin
    Admin
    Admin


    Posts : 49
    Join date : 12/04/2010
    Age : 47
    Location : bumi Allah

    Bayar RM2 makan apa sahaja!!!!! Empty Bayar RM2 makan apa sahaja!!!!!

    Post  Admin Mon Apr 19, 2010 10:10 pm

    KUALA KEDAH - Makan dan minum apa sahaja dengan harga RM2.

    Kedai makanan milik Khalid Ahmad 41, menjual sepinggan nasi berlauk dan segelas minuman pada harga semurah RM2 walaupun harga barangan semakin mahal di pasaran.

    Menurut Khalid, beliau menyediakan hampir 20 jenis lauk untuk makan tengah hari dan pelanggannya boleh makan apa sahaja pada kadar bayaran tersebut.

    "Makan apa sahaja selagi termampu, sepinggan nasi dan apa sahaja jenis air, saya caj RM2, saya kira berapa orang yang makan bukannya jenis lauk yang diambil," jelasnya ketika ditemui di kedainya di sini semalam.

    Khalid yang membuka kedai bersebelahan jeti Kuala Kedah sejak tiga tahun lalu, mengekalkan harga tersebut kerana percaya rezeki bukan bergantung kepada keuntungan semata-mata.

    "Dulu masa harga barang murah, saya caj RM2 juga, jadi tiada masalah kalau saya kekalkan harga itu, rezeki saya akan ada juga," jelasnya yang membuka perniagaan bermula 6 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

    Selain makan tengah hari, Khalid turut menyediakan makanan lain seperti kuetiaw goreng dan mi sup yang tetap dikenakan bayaran RM2 termasuk minuman.

    Jelasnya, disebabkan harga RM2, kedainya menjadi pilihan tempahan makanan untuk beberapa kilang di sekitar Alor Star.

    "Walaupun keuntungan berniaga di kedai tidak seberapa, saya boleh dapat keuntungan tambahan melalui tempahan oleh pengusaha kilang," tambahnya yang mempunyai lapan pekerja.

    Menceritakan mengenai kedainya itu, Khalid memberitahu, dia mempunyai pelanggan tetap iaitu nelayan di situ dan pelancong yang berulang-alik ke Langkawi.

    "Jika ada rezeki lagi pada masa hadapan, saya teringin nak buka kedai nasi ayam dengan harga RM2 pula," ujarnya yang mempunyai pengalaman berniaga selama 20 tahun.

      Current date/time is Sun May 12, 2024 5:28 pm