photo funclub

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

photo fun club

    Mahu cinta selepas nikah

    Admin
    Admin
    Admin

    Posts : 49
    Join date : 12/04/2010
    Age : 47
    Location : bumi Allah

    Mahu cinta selepas nikah Empty Mahu cinta selepas nikah

    Post  Admin Thu Oct 14, 2010 1:08 am

    SAYA berusia 20-an dan menuntut di sebuah universiti terkemuka tempatan. Saya berasal dari keluarga sederhana dan amat menitik berat soal agama malah belajar dalam jurusan agama.

    Saya pelajar bijak dan mempunyai perwatakan menarik. Setiap semester saya memperoleh anugerah dekan dan keputusan yang baik. Disebabkan itu, saya tidak pernah mempunyai teman lelaki selain daripada teman sekelas dan sekuliah.

    Sebelum ini, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki, namanya A.

    A senior semasa di zaman persekolahan dulu dan seorang alim, mempunyai paras rupa menarik, bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri lelaki soleh.

    Hubungan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak dan mereka merestuinya.

    Disebabkan masih muda, saya masih tidak mempunyai pengalaman bercinta dan ragu-ragu dengan hubungan ini.

    Kami berkenalan selama empat tahun dan A kerap menyuarakan hasrat untuk menjadikan saya isterinya selepas tamat belajar di sebuah universiti di Timur Tengah. Saya hanya mendiamkan diri setiap kali dia bertanyakan persetujuan.

    Namun, baru-baru ini khabar angin yang disampaikan seorang teman rapat menyebabkan hubungan kami terputus.

    A menjauhkan diri dan memilih menamatkan hubungan tanpa mendengar penjelasan.

    Saya terkilan kerana tidak dapat menerangkan hal sebenar kerana dia menuntut di luar negara dan saya tidak mahu mengganggunya yang sedang bergelut dengan peperiksaan pada waktu itu. Saya pernah berusaha menghubunginya namun A menukarkan nombor telefon dan e-melnya.

    Sebulan kemudiannya, saya dirisik S, senior satu sekolah yang lain dan menerima risikan itu kerana S juga lelaki soleh, namun hubungan kami hanya mampu bertahan tiga bulan kerana S menaruh hati pada teman baik saya. Demi persahabatan, saya minta S memutuskan hubungan kami. Kini, saya merasakan kekosongan selepas ditinggalkan A dan S. Kadang kala saya sedih mengenangkan nasib yang masih tidak bertemu jodoh.

    Usikan dan gurauan rakan-rakan mengenai perkahwinan dan jodoh selalunya akan membuatkan saya sedih, sensitif dan memendam perasaan.

    Saya cemburu pada rakan-rakan yang bertemu jodoh sedangkan saya masih menyendiri. Saya kerap ditanya rakan-rakan mengenai jodoh dan ciri-ciri bakal suami. Mereka beranggapan saya seorang pemilih dan cerewet dalam soal jodoh.

    Hakikatnya, saya tiada teman lelaki dan tidak berminat untuk menjalin hubungan kerana prinsip tidak mahu bercinta sebelum bernikah. Saya hanya inginkan cinta selepas bernikah.

    Saya buntu dan kadang-kadang teramat sedih mengenangkan kesukaran dilalui untuk bertemu jodoh dan kerap bertanyakan diri adakah kerana saya seorang pelajar bijak, ramai lelaki takut untuk mendekati? Atau adakah kerana saya pelajar jurusan agama dan latar belakang keluarga yang menitik beratkan agama menghalang bertemu jodoh? Manakala masyarakat juga mula bercakap. Saya anak kedua daripada empat beradik. Akhir tahun ini adik lelaki ketiga akan bernikah. Saya malu setiap kali bertemu rakan-rakan, masyarakat masing-masing akan kecoh bertanya jodoh saya menyebabkan tertekan.

    Setiap kali mereka bertanya, saya memberitahu tunggu hingga tamat pengajian sedangkan hakikatnya tidak mempunyai teman lelaki.

    Tinggal setahun lagi saya akan habis belajar dan bimbang akan ditempelak. Saya ingin sebuah cinta yang halal. Saya memerlukan nasihat dan bimbingan dari Dr.

    Nur
    Petaling Jaya

    SEBAGAI insan biasa, memang lumrah berasa dicintai dan mencintai. Manusia mempunyai fitrah untuk memerlukan dan menguasai selain ingin merasa bebas dan seronok.

    Keseronokan wujud dalam bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan sebagainya.

    Sebagai manusia yang mampu membuat pilihan, segala rasa di atas boleh dijuruskan ke jalan diredai. Cinta pula fitrah yang ada dalam hati setiap manusia. Justeru apabila perasaan cinta tidak dipenuhi, jiwa merasa kosong seperti konflik dialami adik. Konflik bertambah apabila rakan dan masyarakat sekeliling mula sibuk mempersoalkan siapa jodoh adik.

    Hakikatnya, adik masih belum ada calon jodoh kerana berpegang kepada prinsip iaitu hanya inginkan sebuah cinta selepas bernikah. Antara keinginan memenuhi permintaan rakan dan masyarakat (mengenai siapa jodoh adik) dengan prinsip diri mengenai cinta (bercinta selepas kahwin), membuntukan pemikiran dan jiwa adik.

    Dr amat menghargai prinsip adik mengenai cinta dan sentiasa mendoakan akan menemui cinta diredhai Allah.

    Persoalan sama ada lelaki takut untuk mendekati adik kerana bijak dan pelajar jurusan agama serta berlatar belakangkan keluarga kuat agama adalah persoalan yang hanya akan menambahkan kekecewaan dan kesedihan adik mengenai soal jodoh. Ini kerana persoalan di atas tiada jawapannya. Kerap bertanya seolah-olah menghukum diri dan tidak menerima ketentuan hidup. Soal jodoh adalah soal ketentuan llahi dan tiada manusia mengetahui jawapan sebenar. Ia akan hadir pada waktunya waktunya. Dr memahami betapa adik malu dan buntu apabila masyarakat mula bercakap soal jodoh. Lumrahnya apabila keluarga, rakan-rakan dan masyarakat mula menilai dan bertanya mengenai soal perkahwinan, ia akan memberi tekanan.

    Rakan dan masyarakat, walaupun ada kalanya bertanya mengenai jodoh hanya sekadar suka-suka, ia boleh melukai hati dan sensitif bagi orang yang ditanya.

    Terlalu memikirkan apa yang diperkatakan mengenai soal jodoh akan menambahkan konflik. Adik boleh memujuk hati dengan mengatakan hanya boleh merancang dan berusaha tetapi Allah saja yang dapat menentukan siapa jodoh adik. Adik juga boleh mengurangkan kerisauan mengenai jodoh dengan mengubah cara berfikir, antaranya tidak perlu berkahwin hanya untuk menutup mulut orang lain, tidak perlu berkahwin dalam usia muda, walaupun lambat adik akan berpuas hati apabila dapat jodoh yang memenuhi ciri lelaki pilihan dan perkahwinan adalah untuk selama-lamanya, justeru tidak perlu tidak perlu tergesa-gesa.

    Ubah pemikiran dengan menganggap apabila rakan dan masyarakat bertanya mengenai jodoh, ia dilakukan atas dasar sifat ingin tahu, bukannya membuat penilaian atau memaksa adik mendapat jodoh. Sifat ingin tahu memang sentiasa ada dalam diri manusia. Jawapan yang adik berikan juga membantu adik mengurangkan pertanyaan serupa.

    Prinsip adik mengenai cinta memberi kesan. Adik dianggap seorang yang memilih dan cerewet dalam soal jodoh. Seterusnya, sikap adik yang mendiamkan diri setiap kali bekas teman lelaki, A bertanyakan persetujuan, mungkin disalah anggap.

    Adik dianggap tidak berminat kepadanya. Walaupun, ada kalanya, kesan prinsip ini membuat adik sedih, secara rasionalnya itulah yang akan berlaku. Untuk menemui lelaki yang benar-benar dapat memenuhi ciri pilihan bukan mudah. Namun, apabila adik menemui lelaki itu dan seterusnya cinta selepas bernikah, adik diberkati dan dirahmati dengan cinta yang tulus dan suci.

    Bersendirian tidak semestinya kesunyian. Tidak mempunyai jodoh tidak perlu membuatkan adik merasa sentiasa sunyi.

    Sebagai pelajar bijak dan perwatakan menarik, banyak perkara positif boleh dilakukan. Contohnya, boleh meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi, terbabit dalam aktiviti-aktiviti persatuan di universiti, membabitkan diri dengan badan amal dan sebagainya.

    Sentiasa mohon doa agar dipertemukan cinta yang suci dan lelaki beriman. Membabitkan diri dengan perkara positif, mungkin untuk berjumpa lelaki yang mempunyai personaliti diingini lebih tinggi. Semoga adik menemui cinta diredai Allah.

      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 10:44 pm