photo funclub

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

photo fun club


    Pisang Goreng Paling Best kt Shah Alam

    Admin
    Admin
    Admin


    Posts : 49
    Join date : 12/04/2010
    Age : 47
    Location : bumi Allah

    Pisang Goreng Paling Best kt Shah Alam Empty Pisang Goreng Paling Best kt Shah Alam

    Post  Admin Mon Apr 19, 2010 9:59 pm

    Begitulah larisnya pisang goreng panas bersalut bijan di gerai Azmi Goreng Pisang, Seksyen 19 di sini berdekatan stesen komuter Shah Alam yang mula dibuka sejak 13 tahun lalu setiap hari kecuali Jumaat minggu pertama dan keempat.

    Tidak seperti gerai pisang goreng lain, gerai kecil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu sentiasa penuh dengan pelanggan setianya yang sanggup beratur panjang sehingga 20 meter di bawah terik matahari.
    Menurut pengusaha gerai itu, Azmi Man, 54, jualan pisang gorengnya memang mendapat sambutan hangat dan kunjungan pelanggan tidak pernah surut sebaik saja dibuka mulai jam 1 petang sehinggalah bekalan pisangnya habis.

    "Saya teruja sekali dengan sambutan orang ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk rasa keenakan dan kerangupan pisang goreng resepi asli keluarga saya dari Pendang, Kedah ini," katanya ketika ditemui KOSMO! di sini semalam.

    Ceritanya, pelanggan bukan sahaja terdiri daripada penduduk setempat, malah yang datang dari Ipoh semata-mata teringin merasa pisang gorengnya setelah keistimewaan jualannya itu disiarkan dalam satu rancangan televisyen swasta baru-baru ini.

    "Tak sangka ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk beli goreng pisang ini," ujarnya yang juga merupakan seorang pesara tentera.

    Azmi memberitahu, tiada resepi rahsia untuk menghasilkan pisang goreng yang sedap, tetapi cara bancuhan tepung menggunakan tepung beras, garam dan sedikit bijan mestilah betul.

    Katanya, beliau sendiri akan menghasilkan bancuhan tepung untuk 500 kilogram (kg) pisang awak sehari untuk gerai utama di Seksyen 19 di sini, manakala dua cawangan lagi di pekarangan Plaza Sri Muda, Seksyen 25, di sini dan Taipan, Subang Jaya dekat sini.

    "Selain itu, pisang akan digoreng secara berperingkat menggunakan tiga kuali sehingga masak.

    "Ketika menggoreng juga, saya dan pekerja-pekerja lain akan pastikan kepanasan kuali dikawal setiap masa bagi mengelakkan pisang digoreng hangit," katanya.

    Menurutnya, beliau mampu memperoleh untung bersih kira-kira RM2,000 sebulan hasil jualan selepas ditolak kos bahan mentah dan gaji untuk lapan pekerjanya.

    Sementara itu, seorang pelanggan, Athirah Mohd. Safarudin Zakki, 19, berkata, beliau tidak pernah jemu menikmati pisang goreng Azmi dan kebiasaannya membeli sekurang-kurangnya RM10 goreng pisang setiap minggu.

    "Sejak mula kenal dengan keenakan goreng pisang Azmi, saya tidak lagi beli goreng pisang di gerai lain," katanya yang gemar dengan pisang awak yang digoreng dengan potongan nipis.

    Seorang lagi pelanggan setia, Mohd. Faisal Jaafar, 24, menyifatkan goreng pisang Azmi adalah yang paling sedap di bandar raya Anggerik itu dan tidak ada tandingannya setakat ini.

    "Saya sanggup tunggu walaupun satu jam hanya untuk menikmati pisang goreng yang rangup, walaupun sudah sejuk," tambahnya.

      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 9:44 pm